Sunday, January 19, 2003

Berikut adelah topik forumnyoo...!!
sumber Inspirasi (ilham) Idea
http://www.pergh.com/forum/viewtopic.php?t=2592
dan
prinsip-prinsip idea
http://www.pergh.com/forum/viewtopic.php?t=2597

Err....nih forum yang 100% lengkap...iaitu forum skripreal (contoh

SISTEM PENULISAN SKRIP KOMIK)
"skripreal"
http://www.pergh.com/forum/viewtopic.php?t=693&postdays=0&postorder=asc

&start=15

Berikut forumnyooo...!!!
contoh "proposal Konsep Komik Solo"
http://www.pergh.com/forum/viewtopic.php?p=52270&highlight=#52270


Kisah pengajaran dari Arab Saudi

ADA satu cerita mengenai almarhum Raja Abdul Aziz Ibn Sa'ud, pengasas negara Arab Saudi. Baginda dilahirkan pada 1876 dan mangkat pada 1953. Empat orang anaknya menjadi raja selepas baginda, termasuk Raja Fahad yang memerintah Arab Saudi sekarang.

Ceritanya begini. Semasa baginda baru menjadi raja, ada usaha untuk mengadakan stesen radio di Arab Saudi. Pada mulanya baginda tidak bersetuju kerana pada anggapan baginda `radio adalah alat syaitan yang boleh merosakkan' rakyat Arab Saudi.

Bagaimanapun, pada suatu hari pihak yang mahu mengadakan stesen radio itu telah membawa sebuah peti radio ke istana. Di hadapan baginda lalu dipancarkan bacaan ayat-ayat suci al Quran melalui radio tersebut.

Baginda yang kehairanan lalu bertanya dari mana datangnya suara orang mengaji itu. Apabila ditunjukkan bahawa suara orang mengaji itu datang dari radio tersebut, baginda terus mengubah fikiran.

Sejak itu perkhidmatan radio mula beroperasi di Arab Saudi sebagai alat komunikasi.

Moral cerita ini ialah betapa penemuan atau ciptaan baru sains kadang kala sukar diterima, malah dianggap haram disebabkan kita meraguinya kerana kita tidak memahami kebaikan yang boleh dimanfaatkan daripada penggunaannya.

Radio hanyalah produk kemajuan sains yang membolehkan kita berkomunikasi lebih pantas dan meluas, termasuk berdakwah. Sudah tentu ia juga boleh digunakan untuk lain-lain tujuan yang tidak baik.

Ibn Sa'ud yang terkenal sebagai raja yang warak mungkin pada mulanya menolak radio kerana meragui kebaikannya. Baginda membuat keputusan menolak radio kerana ragu-ragu. Agama Islam mengajar baginda supaya meninggalkan sesuatu yang diragui.

Tidak berasas

Rupa-rupanya keraguan itu tidak berasas kerana baginda belum mempunyai pengetahuan yang lengkap mengenai radio. Keraguan baginda lebih berasaskan sangkaan.

Mualim menimbulkan cerita ini sebagai pengajaran kepada umat Islam di zaman sains dan teknologi ini supaya kita tidak tergesa-gesa menolak sesuatu penemuan atau ciptaan baru sains.

Jika kita mengenali Allah, kita sepatutnya memahami bahawa segala kejadian di alam semesta ini berlaku dengan pengetahuan dan ketentuan Allah. Sebarang penemuan baru sains, termasuk bom atom dan pengklonan adalah bersumberkan ilmu yang datangnya dari Maha Pencipta.

Entah kenapa, umat Islam mengabaikan cabang ilmu ini sekian lama padahal sains adalah sama sekali tidak bercanggah dengan agama, malah ia boleh memperkukuh keimanan seseorang yang beriman.

Mengikut Kamus Dewan, sains adalah ``ilmu pengetahuan yang teratur yang boleh dibuktikan kebenarannya.'' Sebaliknya sebilangan besar umat Islam masih percayakan ilmu karut-marut termasuk sihir, tenung nasib dan jampi-serapah.

Akibat tidak menguasai sains, umat Islam pada hari ini hanya menjadi masyarakat pengguna. Kita bukan pencipta dan pengeluar barangan atau pengusaha perkhidmatan yang bersumberkan kemajuan sains.

Sepatutnya, dengan berbekalkan iman, umat Islam hendaklah menerajui sains supaya dapat kita manfaatkan kegunaannya untuk kesejahteraan manusia sejagat, bukannya kerosakan.

Di tangan orang yang tidak beriman sahajalah bom atom diledakkan ke atas mereka yang tidak berdosa; Hitler mungkin diklon semula dan komputer dijadikan penyalur bahan lucah. Apakah umat Islam mahu sekadar menjadi pengguna dan hanya mampu berdebat mengenai halal dan haram produk sains?